TOKYO, 8 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa berkata Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10) akan memberi tumpuan untuk memperbaiki infrastruktur utama seperti jalan dan air di Malaysia, terutama sekali di Sabah dan Sarawak.
"Oleh kerana kawasan yang luas, kemudahan infrastruktur di Sabah and Sarawak tidak begitu lengkap, seperti bekalan elektrik dan air yang tidak sampai dan jalan asas yang tidak begitu lengkap," katanya di sini.
Kerajaan akan mempastikan ada keseimbangan pembangunan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, katanya dalam satu sesi soal jawab dengan pelajar dan warganegara Malaysia yang bekerja di Jepun.
Muhyiddin kini sedang dalam satu misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun dari 7 hingga 10 Disember, 2009.
"Semenanjung Malaysia pun ada kawasan yang perlukan kemudahan asas yang lebih baik, terutamanya dalam kawasan pedalaman. Kerajaan akan ambil perhatian juga," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan