Sabtu, Disember 05, 2009

PROGRAM MESRA RAKYAT DI DEWAN MASYARAKAT DAERAH RANAU

PROGRAM MESRA RAKYAT Anjuran BIRO PENGADUAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI dengan kerjasama PEJABAT DAERAH RANAU telah di rasmikan oleh YBhg. Datuk Gregory Joitol Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang mewakili YB Datuk Sukarti Wakiman Setiausaha Kerajaan Negeri pada 5 Disember 2009 bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Dato' Muhammad Hatta Ab. Aziz dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah YB Datuk Dr. Ewon Ebin.

Dalam sesi dialog dengan para peserta program yang terdiri daripada penduduk kampung dalam daerah Ranau, kebanyakan aduan dan soalan berkisar mengenai masaalah isu geran tanah, pembangunan/peruntukan, alam sekitar, pati dan pendidikan.

Kebanyakan soalan telah dijawab oleh ahli penel walaubagaimanapun memandangkan masa yang hampir 3 jam setengah tidak mencukupi Ybhg Tuan Pengerusi Penal telah menyatakan bahawa soalan-soalan yang tidak sempat dijawab akan di beri jawapan oleh ahli penal melalui BIRO PENGADUAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan