Isnin, Disember 07, 2009

ERA INDUSTRI TEKNOLOGI PELANCONGAN KE ANGKASA LEPAS BERMULA …

Pesawat angkasa lepas Virgin Galactic dilancar esok

LOS ANGELES 6 Dis. - Jutawan Britain, Sir Richard Branson akan mempamerkan kapal yang tidak lama lagi akan membolehkan pelancongan melakukan perjalanan ke angkasa lepas dengan hanya AS$200,000 (RM680,000), esok.

Padang pasir Mojave antara Los Angeles dan Las Vegas akan menjadi tempat pelancaran Virgin Galactic's SpaceShipTwo (SS2), hasil idea jurutera angkasa lepas, Burt Rutan.

SS2 yang boleh membawa seramai enam penumpang dan dua juruterbang dijangka akan mengadakan penerbangan percubaan tahun hadapan sebelum memulakan penerbangan komersial antara 2011 dan 2012.

Virgin Galactic, milik Branson Virgin Group dan Abu Dhabi Aabar Investmens berkata, kira-kira 300 pengembara dari seluruh dunia telah membayar wang pendahuluan yang keseluruhannya berjumlah AS$40 juta (RM136 juta) untuk menaiki kapal angkasa ini.

image 

Pakar angkasa lepas turut menjangkakan penerbangan komersial untuk generasi masa datang akan menggunakan kapal angkasa bagi penerbangan separuh orbit.

Pamela Hurley-Moser, milik Hurley Travel Experts di Portland, Oregon adalah antara 50 penasihat perjalanan yang dipilih sebagai ejen angkasa lepas untuk Virgin Galactic.

Bagaimanapun, pelancongan angkasa lepas buat masa ini masih kekal sebagai satu pengalaman eksklusif untuk mereka yang sanggup membayar jumlah yang tinggi bagi penerbangan 100 kilometer di atas Bumi selama dua setengah jam.

"Seperti perkhidmatan penerbangan, kereta api dan kereta, pada mulanya hanya sedikit sahaja yang mampu menggunakannya, tetapi dalam tempoh 100 tahun akan datang, penerbangan angkasa lepas akan menjadi perkara biasa," kata Charles Chafer, ketua eksekutif Perkhidmatan Angkasa Lepas.

Kapal induk, WhiteKnightTwo yang memiliki sayap sepanjang 42.7 meter dan akan membawa SS2 sejauh 15.2 kilometer ke ruang udara sebelum terpisah turut akan dipamerkan esok.

Pelancong akan berpeluang merasai pengalaman pengembaraan angkasa lepas selama lima minit melalui tingkap-tingkap di bahagian tepi dan atas kapal tersebut. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan