Kg. Silou, Ranau 3/12/2009: Kelmarin TIM BERGERAK PENDAFTARAN ANGGOTA RELA DAERAH RANAU dengan kerjasama JKKK Kg. Silou Ranau telah mengadakan kempen mendaftar menjadi ahli RELA yang telah dilaksanakan di Mini Dewan Kg. Silou.
Dalam taklimat yang disampaikan oleh Pegawai RELA KPR Leftenen Isman, telah mengucapkan tahniah kepada penduduk Kg Silou yang telah mendaftar dan juga memberi penerangan dari segi matlamat RELA iaitu menjaga keselamatan dan juga untuk memantau PATI dalam kawasan masing-masing.
Seramai 41 orang telah mendaftar menjadi anggota RELA pada hari tersebut. Ini telah membolehkan anggota RELA Kg. Silou mewujudkan sebuah platoon kerana telah melebihi syarat iaitu seramai 33 orang anggota RELA.
Turut serta dalam aktiviti tersebut ialah Pengerusi JKKK Kg. Silou En. Hasbi Jumin dan Pengerusi GDW En. Harman Abdullah dimana masing-masing turut mendaftar sebagai anggota RELA.
---------------------
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.
Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI.
--------------
Apabila timbul keperluan, membuat tangkapan (citizen arrest) ke atas anasir-anasir jahat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Anggota RELA diberi kuasa :-
Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak membawa senjata termasuk senjatapi dan menggunakannya bagi melaksanakan kewajipan-kewajipan. “ Tanpa mengurangkan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, menangkap tanpa waran seseorang pengganas atau seseorang yang tidak diingini atau mana-mana orang yang ia ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang tidak diingini dan membawa dengan serta merta pengganas atau kepada pegawai polis yang hampir atau seseorang anggota pasukan keselamatan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan