Isnin, November 23, 2009

WAKIL RAKYAT DAP TAK PERLU BIMBANG JIKA TAK BERSALAH: MASIDI

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sri Tanjung, Jimmy Wong daripada DAP, tidak seharusnya takut disiasat berhubung dakwaan kononnya beliau memiliki Sijil Anak Negeri jika benar beliau tidak bersalah,

Jika sebuah jawatankuasa khas yang menyiasat dakwaan itu mendapati tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, kedudukan Wong di mata rakyat akan bertambah kuat,

Mengakui memang terdapat masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah tetapi kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mengatasinya.

"Ini adalah realiti. Dalam perkataan lain, bukan mudah menangani isu pendatang asing ini,"

Beliau bersetuju dengan pendapat Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bahawa isu pendatang tanpa izin ini harus diselesaikan menjelang tahun 2012 bagi melindungi kepentingan penduduk tempatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Ala Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan