"Masalah ini (pendatang tanpa izin) adalah masalah sebenar atau masalah besar di Sabah yang menghendaki satu jawatankuasa dibentuk. Namun mereka sengaja menggunakan saya sebagai kambing hitam untuk menutup mulut saya kerana saya lantang menyuarakan masalah rakyat termasuk mempertahankan kawasan lapang dekat Sabindo di Tawau.
"Saya memohon sijil anak negeri menerusi saluran yang betul kira-kira 30 tahun lepas dan Mahkamah Anak Negeri meluluskannya. Saya tidak pernah menyalahgunakannya. Saya dilahir dan dibesarkan di Sabah, dan nenek saya adalah seorang Sino-Kadazan. Itu sebabnya saya memohon sijil ini,"
Hakikatnya, saya dimaklumkan terdapat pemimpin Barisan Nasional (BN)Sabah, terutamanya di peringkat bahagian yang sebenarnya berasal dari negara jiran, tetapi dibesarkan di sini selepas memperoleh MyKad, dan ini yang sepatutnya disiasat,"
"Mereka menggambarkan bahawa mereka (wakil rakyat BN) adalah bersih daripada saya dan adalah adil jika mereka mengisytiharkan harta-harta mereka untuk pengetahuan umum,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan