SAYA berasal dari Semenanjung dan bekerja di Kota Kinabalu, Sabah sejak lima tahun lalu. Setiap hari saya akan melihat puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di negara kita dan berazam untuk mendakinya.
Malangnya, saya amat terkilan kerana kos pendakian Gunung Kinabalu meningkat mendadak. Menurut cerita kawan-kawan, kos untuk mendaki gunung dulu cukup murah, tidak sampai RM100 dan ramai pelajar dan guru mendaki gunung pada musim cuti.
Namun kini, kos mendaki gunung menyukarkan bukan saja saya malah penduduk tempatan untuk mendakinya. Dengan kos RM580 seorang termasuk kos juru pandu, tentunya amat sukar saya sekeluarga untuk mendaki gunung berkenaan.
Kini saya hanya mampu memandang gunung itu sahaja.
KEMPUNAN MENDAKI,
Kota Kinabalu, Sabah.
KINI SABAHAN BLH MENDAKI DENGAN RM250+
BalasPadamkesiannya... hehe tapi skg bukan 2++ kah??
BalasPadam