Khamis, November 26, 2009

HALANG SAINTIS ASING BAWA KELUAR HERBA BERKUALITI

Kerajaan negeri melahirkan kebimbangan terhadap kegiatan segelintir pengkaji dan saintis luar negara yang dikesan datang ke Sabah dan membawa keluar tumbuhan berkualiti tinggi tempatan sebelum mendakwa penemuan berkenaan berasal dari negara mereka.

Aktiviti itu dikesan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan mahu langkah perlindungan segera diambil.

"Kerajaan negeri perlu segera melaksanakan Akta Keselamatan BioMalaysia 2007 (Akta 678) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi melindungi kekayaan alam semula jadi tempatan daripada terus dieksploitasi.

"Sabah memandang serius penggunaan akta ini kerana ia diwujudkan bagi melindungi flora dan fauna negara ini. Menerusi peruntukannya, label bagi mana-mana tumbuhan yang dibawa keluar dari negara ini untuk tujuan kajian kekal menjadi milik Malaysia,"

"Ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap manusia dan pada masa sama, kita juga mungkin kehilangan khazanah berharga jika tidak berhati-hati melaksanakan program atau pemindahan saintifik,"

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan