Faktor pertama kekalahan kepada calon Pas, Mohd. Salleh Man ialah kekurangan jumlah keluar mengundi iaitu 73.1 berbanding 82.6 peratus pada pilihan raya umum lalu.
kekurangan itu jumlah pemilih keluar membuang undi pada hari berkenaan mungkin disebabkan hari bekerja.
---
"Kedua ialah faktor pengundi hantu yang ditumpangkan di DUN Permatang Pasir bagi memastikan kemenangan calon lawan,"
---
Faktor ketiga ialah pengundi Cina di kawasan DUN tersebut telah beralih menyokong DAP.
---
Faktor keempat pula, tambahnya, kawasan itu di dalam Parlimen Permatang Pauh yang memang kubu kuat parti pembangkang dengan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 28 tahun lalu.
"Ini menyebabkan UMNO dan BN berhadapan dengan cabaran besar bagi meyakinkan para pengundi bagi memilih calon BN dalam pilihan raya tersebut,"
---
Faktor kelima ialah tindakan Pas memanipulasi isu calon BN, Rohaizat yang berdepan tohmahan termasuk isu Majlis Peguam.
"Walaupun Rohaizat menjelaskan dan menangkis tuduhan yang dilemparkan pihak pembangkang termasuk isu peribadi namun ia masih tidak berjaya meyakinkan para pengundi.
"Rohaizat adalah calon yang dipersetujui semua pihak, namun pembangkang ambil kesempatan daripada pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk isu peribadinya,"
---
Tiada ulasan:
Catat Ulasan