Khamis, September 10, 2009

PELAJAR KITA RISAUKAN GENG BULUH RUNCING

image"Ramai rakan dan pensyarah Indonesia sering menyindir dan mengganggu kami dengan pelbagai ayat serta soalan provokasi berhubung isu antara dua negara. Malah kami seolah-olah didiskriminasi oleh pensyarah ketika dalam kuliah.

"Tidak semua berfikiran sempit begitu, namun ada yang dahulunya berhubungan baik kini bersikap bermuka-muka dan mengutuk kami sama ada di depan mahupun belakang,"

imagekini mereka takut untuk keluar seperti biasa kerana berasakan keselamatan terancam terutama selepas kejadian sekumpulan 50 anggota Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersenjatakan buluh runcing membuat sekatan di Jalan Diponegoro untuk menahan rakyat Malaysia, petang kelmarin.

"Kami juga diberi peringatan oleh Kedutaan Besar Malaysia serta Jabatan Penuntut Malaysia di sini supaya tidak keluar dari kampus jika tiada urusan penting selain menjauhkan diri dari Jalan Diponegoro yang terletak kira-kira satu kilometer dari kampus,"

 Pelajar tahun tiga kursus perubatan Universiti Indonesia (UI), Zazarida Zakiman, 21,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan