Cadangan IPTA Cari Sumber Sendiri
KOTA KINABALU, 14 Sept (Bernama) - Kementerian Pengajian Tinggi dijangka membentangkan cadangan kepada Kabinet November ini mengenai bagaimana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mendapatkan peruntukan mereka sediri, kata menterinya Datuk Seri Khaled Nordin.
Katanya cadangan itu bagi mengurangkan kebergantungan IPTA terhadap peruntukan kerajaan.
"Pihak kementerian sedang membuat satu kertas Kabinet bagi dikemukakan kepada kerajaan bagaimana IPTA boleh mencari sumber pendapatan sendiri bagi tujuan membiayai perjalanan IPTA.
"Semua IPTA ada kekuatan masing-masing. Mereka ada produk mereka sendiri yang boleh dijadikan sumber pendapatan," katanya kepada pemberita semasa melawat Universiti Malaysia Sabah di sini Isnin.
Katanya, IPTA juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang yang boleh digunakan dalam menawarkan khidmat rundingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan