Khamis, Ogos 06, 2009

“SEBENARNYA PBT SECARA LANGSUNGNYA DI BAWAH BIDANG KUASA KERAJAAN NEGERI” - KONG CHO HA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan mengambil tindakan terhadap Exco Selangor, Ronnie Liu yang menghalang pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan tugas kerana ia adalah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

“kementerian hanya boleh campur tangan dalam hal ehwal PBT jika seseorang itu melakukan kesalahan melanggar Akta Kerajaan Tempatan.”

"Persepsi orang ramai bahawa PBT ini dalam bidang kuasa kementerian tetapi sebenarnya PBT secara langsungnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,"

"Saya berharap kerajaan Selangor dapat menyelesaikan masalah yang timbul secepat boleh,"

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan