PUTRAJAYA, 22 Julai 2009: Kabinet sebentar tadi memutuskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi meneliti prosedur soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis juga diarah menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan itu diumumkan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sidang media di pejabatnya, di sini.
"Kabinet putuskan tiga perkara iaitu sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu dan langkah ini diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.
Najib berkata, Suruhanjaya Diraja dan inkues itu mungkin akan memulakan tugas minggu depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan