"Proses pemodenan dan transformasi sebenarnya memerlukan penjawat awam yang berjiwa kental dan pragmatik, bukannya berjiwa pasif dan negatif yang takut akan perubahan.
"Inisiatif pemodenan dan transformasi ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita untuk bergerak seiring dengan proses globalisasi dan kemajuan ICT yang berlaku dan berubah dengan sangat pantas,"
"Saya tidak mahu ada penjawat awam yang tidak berbincang atau berkomunikasi dengan ADUN atau orang bawahan mereka. Apabila projek-projek pembangunan lewat siap, tidak ikut jadual, rakyat nanti akan susah dan ini akan menjejaskan imej kepimpinan kerajaan secara keseluruhannya,"
"Kita sudah ada perancangan, ada orang yang boleh melaksanakannya, ada peruntukan, semuanya ada. Sepatutnya kita tidak ada alasan untuk melewatkan kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan