Sabtu, Julai 11, 2009

SABAH IBARAT “SIMPANAN TETAP”

Kesungguhan Politik Mampu Atasi Masalah Elektrik Di Sabah?

Walaupun Sabah berjaya membendung masalah politiknya dengan cukup berkesan, namun, negeri yang diibaratkan "simpanan tetap" Barisan Nasional (BN) ini, masih belum mampu mengatasi masalah bekalan tenaga elektrik yang dialaminya sejak sekian lama.

image "Nampaknya, masalah bekalan tenaga di Sabah tiada penghujungnya. Kami sering mengalami gangguan bekalan tenaga di merata tempat. Kami perlukan kesungguhan politik bagi mengatasi masalah ini.

"Mungkin ada perkara yang tidak kena. Saya percaya rakyat Sabah mengharapkan masalah ini akan berakhir. Kini menjadi tanggungjawab Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)untuk menyelesaikannya,"

"Beberapa ahli perniagaan telah menyaman syarikat utiliti berkenaan melalui wakil rakyat, yang turut dipersalahkan oleh orang ramai dalam masalah ini,"

Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash) Datuk Patrick Sindu

-

Setiausaha agung Dewan Perniagaan Cina Sandakan (SCCC) Stephen Wong Tien Fatt menyarankan kepada kerajaan negeri supaya mengambil alih pengurusan SESB daripada TNB kerana kegagalannya menyelesaikan isu bekalan tenaga elektrik di sini sejak sekian lama.

image "Kami membuat cadangan ini, kepentingan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya kepentingan penguasaan kerana masalah bekalan tenaga di Sabah amat teruk dan oleh itu lebih baik ditangani sendiri oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri dan pemimpin tempatan lebih maklum tentang masalah ini serta lebih prihatin tentang nasib dan penderitaan kami,"

Setiausaha agung Dewan Perniagaan Cina Sandakan (SCCC) Stephen Wong Tien Fatt

-

image "Sabah adalah pengeluar utama gas asli di negara ini... oleh itu, loji sedemikian adalah pilihan bijak. Kita dapat jimatkan banyak wang jika membina loji yang menggunakan tenaga gas kerana bekalannya mudah didapati di sini,"

"Tapi, banyak wang akan dibazirkan jika dibina loji jenis lain seperti yang menggunakan arang batu kerana kita terpaksa bergantung pada arang batu yang diimport,"

"TNB perlu mempercepatkan pembinaan dua stesen janakuasa di Sabah iaitu di Padas Atas dan di sungai yang terdapat di Liwagu.

"Kedua-dua loji ini mampu menjana tenaga elektrik yang besar jumlahnya serta lebih selamat dan boleh diharapkan,"

Ketua penerangannya Chong Pit Fah, Parti Maju Sabah (SAPP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan