Isnin, Julai 20, 2009

PENIAGA DIPERDAYA BOMOH RM150,000

RM3 juta yang diberi sebenarnya 'wang kubur Cina'

image Mangsa berusia 40-an diperkenalkan kepada bomoh itu oleh rakannya selepas mendengar kemahirannya mengeluarkan duit dari dinding dan tingkap bangunan.

image "Mangsa kemudian dibawa bertemu dengan bomoh di sebuah hotel bajet di Miri sebelum ditunjukkan upacara menarik duit keluar berjumlah hampir RM3 juta dari dinding bangunan berkenaan.

image "Semua wang berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam kotak untuk dipuja selama tiga hari sebelum mangsa diminta membayar upah kepada bomoh berkenaan berjumlah RM150,000,"

image Mangsa mengeluarkan semua wang simpanannya dalam bank, Isnin lalu, untuk diserahkan kepada bomoh sebelum mendapatkan kotak mengandungi RM3 juta itu.

image Mangsa hanya menyedari ditipu Khamis lalu, selepas membuka kotak berkenaan dan mendapati hanya nota pada bahagian atas ikatan wang berkenaan adalah asli sementara baki adalah wang 'neraka'.

image "Ketiga-tiga lelaki terbabit dipercayai menjadi orang tengah kepada bomoh berkenaan yang didapati memperdayakan orang ramai selepas mengaku mempunyai kemahiran menarik wang.

image

 "Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi siasatan lanjut,"

-

 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan