Selasa, Julai 21, 2009

CADANG PENGAGIHAN PERUNTUKAN NEGERI IKUT KANADA

image SHAH ALAM, 20 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan agar menukar cara pembahagian peruntukan kepada negeri-negeri berdasarkan sistem yang diamalkan seperti di Kanada dan Australia.

image image Di kedua-dua buah negara ini, peruntukan oleh kerajaan persekutuan diagihkan kepada negeri-negeri berdasarkan tahap kemajuan sesebuah negeri itu, katanya pada sidang media pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri, di sini Isnin.

Abdul Khalid berkata berdasarkan sistem berkenaan, agihan diberikan kepada semua negeri, namun bagi negeri yang maju, peruntukan dikurangkan berbanding dengan negeri yang kurang maju yang diberi peruntukan yang lebih.

Beliau berkata walaupun kaedah ini jika dilaksanakan mungkin tidak membantu Selangor, tetapi ia mampu mengimbangkan kemajuan negeri-negeri di negara ini.

Cadangan tersebut akan dibincangkan dengan kerajaan persekutuan dalam mesyuarat yang dijadual diadakan sebelum pembentangan Bajet 2010, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan