Pakatan Rakyat Di Kedah Ibarat Retak Menanti Belah
apa yang berlaku di Kedah memperlihatkan seolah-olah banyak isu sesama mereka belum selesai dan pemimpin-pemimpin mereka belum matang dalam pembentukan sebuah kerajaan.
"Ketidaksepakatan inilah yang menyebabkan sehingga meroboh pusat penyembelihan babi pun menjadi satu isu yang besar,"
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian
-----------------------
Pembangkang Sebenarnya Tidak Kukuh : Ong
"Walaupun mereka menggunakan istilah Pakatan Rakyat, sebenarnya pakatan itu hanya untuk pilihan raya bukan kerana rakyat. Kalau mereka betul-betul prihatin kepada rakyat, hubungan mereka tidak jadi celaru begini,"
"Saya bukan Pak Nujum tetapi kita boleh nampak dengan jelas bahawa pakatan mereka adalah atas kepentingan yang sempit dan ia (hubungan) tidak akan lama. Mereka asyik tabur fitnah (terhadap Barisan Nasional) dan ini tidak dapat menegakkan kebenaran,"
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat
--------------------------
Kerapuhan Pakatan Pembangkang Tidak Dapat Diselindung Lagi
"Perlu diakui PAS mempergunakan DAP dan DAP menjadikan PAS kuda tunggangan mereka dan apa yang berlaku di Kedah hari ini membuktikan pakatan itu rapuh kerana mereka sebenarnya hanya berkahwin mutaah.
"Cukuplah perkahwinan mutaah itu, bubarlah pakatan yang tidak memberi makna dan PAS sertailah kami (Barisan Nasional),"
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
-----------
"Apabila kita mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, mereka kata mereka tidak boleh mengadakan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).
"Sebab mereka kata kerajaan perpaduan pakatan pembangkang sudah cukup kuat tetapi ternyata apa yang berlaku semalam di Kedah, itu membuktikan ia hanya merupakan satu pembohongan,"
Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi
--------------------
"Tiada kejutan besar, kita memang tahu perkara ini akan berlaku, sebab pakatan pembangkang begitu rapuh sekali, jadi saya ibaratkan macam kahwin mutaah,"
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
-----------------------
"Kita lihat kerjasama PAS dan DAP hanya setakat kepentingan politik masing-masing dan isu meroboh pusat penyembelihan babi oleh MBAS semalam adalah rentetan tindakan wakil rakyat DAP yang tidak dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri,"
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
------------------------
"Di Pulau Pinang DAP ada masalah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di Kedah pula DAP bermasalah dengan PAS, ini menunjukkan betapa rapuhnya hubungan mereka,"
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mustapa Mohamed
-----------------------------
"DAP hanya mementingkan agenda parti itu ketika bersetuju membentuk kerajaan pakatan pembangkang dengan PAS sedangkan secara prinsipnya mereka hanya tidur sebantal dan berlainan mimpi, "
Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
------------------------------
"Sebaliknya DAP Kedah harus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan perpaduan baru Kedah yang akan mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia di negeri ini dan membantu pembangunan negeri itu berdasarkan dasar lebih konstruktif, dinamik dan progresif,"
Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang
-------------------------------
"Saya rasa mereka main wayang, kalau DAP nak keluar daripada kerajaan PAS, mereka tak perlu tunggu begitu lama
"Banyak tindakan-tindakan kerajaan PAS di Kedah yang telah menyeleweng daripada asalnya...tapi baru sekarang mereka (DAP Kedah) buat keputusan ini.
"Mereka memang dah lama tak boleh bersama, dasar tak sama, politik tak sama. Jadi, ini menunjukkan kelemahan dalam parti masing-masing dan kita tak tahu apa lagi wayang kulit yang akan dimainkan DAP dan PAS,"
Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan