PAS mencadangkan supaya isu royalti minyak membabitkan kira-kira RM1 bilion yang didakwa mereka seharusnya diterima kerajaan negeri Kelantan, dijelaskan melalui forum yang dianggotai Petronas serta wakil kerajaan persekutuan dan negeri sebagai panelnya.
"Kami juga akan buat kejutan besar pada saat akhir kempen. Ini adalah strategi kami untuk mengejutkan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno,"
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Harun
---
Tindakan PAS terus menggunakan isu royalti minyak menunjukkan parti itu telah "bankrap idea" untuk menarik pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai,
"Penyelesaian muktamad (mengenai isu royalti minyak itu) akan diberikan Petronas, hari ini ataupun esok,"
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
---
Kerajaan PAS Kelantan bertegas supaya isu royalti minyak berjumlah RM1 bilion yang dituntut negeri itu dijelaskan melalui forum yang dianggotai wakil kerajaan negeri, Petronas dan kerajaan persekutuan.
"Alasan kerajaan pusat kenapa kerajaan Kelantan tidak mendapat royalti minyak sangat pelik. Kawasan yang ada minyak kawasan bertindih tetapi kenapa beri pada orang lain.
"Kita akan terus tuntut hak rakyat Kelantan kerana perkara itu (royalti) memang wujud,"
"Perkara yang boleh menambah ilmu dan pengetahuan wajar dibuat melalui forum, wacana atau apa saja yang boleh menyedarkan rakyat,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan