Chua Jui Meng Letak Jawatan Pengerusi MCA Bakri
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng malam ini meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri yang dipimpinnya sejak tahun 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.
"Saya percaya Malaysia boleh menjadi negara terkaya, lebih kaya daripada Singapura dan saya mahu kekayaan negara ini dikembalikan kepada rakyat semua kaum dalam negara,"
"Dalam pilihan raya umum lalu saya ditawarkan bertanding sebagai calon parti pembangkang, tetapi saya menolaknya,"
"Saya tahu Datuk Seri Najib hendak buat 'reform' untuk membela rakyat semua kaum. Tapi kesannya masih belum nampak,"
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng
---------------------
Chua Serah Kepada Lembaga Disiplin Nilai Kesnya
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin parti bulan depan berhubung dengan kes DVD skandal seks yang membabitkan dirinya.
"Adalah tidak adil bagi saya membuat sebarang ulasan kerana saya ada kepentingan dalam kes ini (dan saya) tidak layak untuk membuat sebarang andaian mengenai tempoh yang panjang itu,"
"Saya yakin lembaga disiplin parti akan bertindak seperti yang mereka laung-laungkan iaitu telus, saksama dan demokratik,"
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
-----------------------
Tee Keat Dedah Percubaan Menutup Mulutnya Mengenai Pendedahan PKFZ
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa terdapat beberapa pihak yang berpakat untuk menyekat beliau daripada mendedahkan laporan audit daripada PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ong malah mendedahkan sepucuk nota yang diserahkan kepadanya yang berbunyi: "Jika anda dihapuskan dari dunia ini satu hari nanti, anda sepatutnya tahu mengapa ini berlaku!"
isu PKFZ adalah "racun" yang menyebabkan Barisan Nasional dan MCA kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya umum lepas.
"Jika apa yang saya lakukan bertentangan dengan budaya politik BN atau MCA, saya sedia pergi bila-bila masa,"
Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan