TOURS, 20 Jun 2009: Seorang wanita Perancis yang mencekik tiga anaknya dan menyimpan dua dalam peti sejuk, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kelmarin, selepas perbicaraan menumpukan kepada masalah psikiatrinya.
Kes Veronique Courjault, yang melahirkan tiga anaknya secara rahsia antara 1999 dan 2003, terbongkar pada 2006 apabila suaminya yang cuba mengosongkan peti ais itu, menemui mayat beku dua bayi yang tidak diketahui miliknya sendiri.
“Saya sedar saya membunuh anak saya dan ia akan kekal bersama saya selamanya,” kata Veronique Courjault, 41, sambil menangis kepada mahkamah sebelum hukuman diputuskan.
Pasangan itu tinggal di Korea Selatan apabila suaminya, Jean-Louis menemui mayat bayi terbabit dalam peti sejuk. Akibat terkejut, beliau menelefon polis.
Pasangan itu pada mulanya berkata, bayi terbabit bukan anak mereka dan tidak tahu siapa yang meletakkannya di situ. Sekembali ke Perancis, ujian DNA membuktikan pasangan itu ibu bapa bayi terbabit.
Tertuduh mengaku mengandung tiga kali tanpa pengetahuan suami dan mencekik tiga bayi terbabit. Pasangan itu mempunyai dua anak berusia 12 dan 14 tahun.
Polis pada awalnya mengesyaki suaminya bersubahat kerana mereka tidak faham bagaimana dia tidak mengesan kehamilan isterinya. – Reuters
-------------------------------
Wanita kelar kerongkong bayi sendiri
JAKARTA 19 Jun - Seorang wanita Indonesia telah bertindak memotong kerongkong bayinya yang baru dilahirkan bagi mengelakkan malu kerana mengandung di luar nikah.
Jakarta Globe melaporkan pembantu rumah berumur 29 tahun itu membunuh bayinya sejurus melahirkan bayi tersebut bersendirian di rumah kedai Jakarta tempat dia bekerja.
Polis berkata, penduduk tempatan terdengar jeritan wanita tersebut semasa dia melahirkan bayinya tetapi apabila mereka sampai ke rumah kedai itu mereka melihat mayat bayi tersebut dan wanita berkenaan berlumuran darah.
Kerongkong bayi tersebut telah dikelar dan perutnya telah dipotong.
"Ini satu perbuatan bagi mengelakkan kehamilan diketahui. Ramai orang berasa takut kepada kesan sosial (mempunyai anak di luar nikah) dan kritikan daripada ahli keluarga dan kenalan," kata ahli psikiatri, Andri.
Wanita itu telah dibawa ke hospital sebelum disoal siasat oleh polis. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan