Khamis, Jun 04, 2009

POLITIK BRITAIN SEMAKIN PARAH

image LONDON - Suasana politik Britain semakin tidak menentu setelah Perdana Menteri Gordon Brown hilang menteri keempat dalam tempoh 24 jam.

image image Setiausaha Komuniti, Hazel Blears megumumkan peletakan jawatannya semalam selepas Menteri Kanak-Kanak, Beverley Hughes mengumumkan hasrat serupa pada Selasa.

image Krisis politik Britain meruncing berikutan pendedahan tuntutan perbelanjaan Setiausaha Dalam Negeri, Jacqui Smith yang mengemukakan bil pornografi suaminya kepada kerajaan.

Pendedahan skandal tuntutan melampau dan tidak munasabah itu turut mengheret 15 ahli parlimen menyatakan hasrat untuk meletak jawatan.

image Pemimpin Parti Konservatif, David Cameron mendesak Brown mengadakan pilihan raya segera.

"Kerajaan kita sedang runtuh," kata Cameron.

imagePemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg berkata, Parti Buruh pimpinan Brown semakin hancur.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan Brown bakal mengumumkan rombakan Kabinet esok.

 

image image Menteri Kewangan, Alistair Darling yang membawa Britain ke kancah kemelesetan ekonomi dijangka digugurkan manakala Menteri Luar, David Miliband bakal menerima nasib sama.

Brown juga dipercayai bakal berhadapan undi tidak percaya daripada anggota Buruh namun perlembagaan parti itu mengkehendaki 72 ahli parlimen menyatakan usul tidak percaya sebelum boleh menyingkirkan beliau.

Parti Buruh mempunyai 350 ahli parlimen dengan 63 majoriti di Parlimen. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan