LONDON, 05 Jun 2009: Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, menghadapi tekanan hebat untuk berundur ketika seorang lagi menterinya meletak jawatan.
James Purnell melepaskan jawatan Setiausaha Kerja dan Pencen dengan surat terbuka mengatakan kepimpinan Brown akan menjadi "petaka" kepada Britain.
Dilihat sebagai bintang menyinar dalam kerajaan Parti Buruh dan bakal ketua, Purnell adalah menteri kelima yang meletak jawatan, iaitu yang ketiga pada peringkat Kabinet, sekali gus menambah tekanan ke atas Brown.
Sementara yang lain dikritik berikutan isu tuntutan melampau ahli parlimen, Purnell tidak dikritik dan adalah ahli pertama yang melepas jawatan dan secara terbuka meminta Brown berundur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan