Selasa, Jun 23, 2009

GURU DIMINTA SOKONG BN DI MANIK URAI

MANIK URAI, 23 Jun (Bernama) -- Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini diseru supaya memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

image Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya.

Puad berkata kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan