-
"Kita sudah ada perjanjian damai, kita sudah bawa balik beberapa tokoh termasuk Musa (bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad), Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan beberapa yang lain, jadi bagi saya atas pertimbangan kemanusiaan konsisten dengan dasar kita, kita maafkan.
"Kita sudah benarkan dulu, jadi apa beza di antara Chin Peng dan Musa dari segi kepimpinan dalam parti, perjanjian damai kita lakukan bersama, saya tidak mahu melihat komunis Melayu tidak apa, tetapi komunis Cina tidak boleh, itu saya tidak boleh terima.
"Bahkan dalam kepimpinan MCA dulu bekas pemimpin PKM juga ada, di Sarawak juga kita boleh terima bukan setakat menjadi ahli jadi timbalan menteri pun ada.
"Jadi kita patut ambil sikap kemanusiaan, yang sudah itu sudah lah, kita mesti maju ke hadapan dan sejarah kita mesti kaji dengan objektif,"
"Pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk saya sendiri apabila berkunjung ke negara China menemui pemimpin-pemimpin negara itu dan juga pemimpin yang parti komunis yang terang-terangan menyokong PKM.
"Saya menyatakan prinsip bahawa PKM dan militan itu adalah tidak wajar tetapi kita sudah adakan perjanjian damai, jadi saya sebut perkara ini berulang kali supaya tidak digunakan seolah-olah saya tidak bersimpati dengan penderitaan rakyat dan perjuangan pasukan bersenjata,"
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
-
"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya,"
"Saya cabar Anwar untuk mendapatkan seorang anggota ATM yang setuju dengan pandangan itu,"
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir
-
"Orang dulu kena kerat, kena bom, kena seksa, kena tembak atas arahan dia (Chin Peng) lepas tu nak bagi dia balik. Tidak adil untuk Anwar mengeluarkan kenyataan seperti itu,"
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali AlHabshee
-
"Isu ini telah didebatkan di media massa dan pelbagai pihak telah tampil memberi pandangan dengan menolak sebarang usaha untuk membawa balik Chin Peng ke negara ini,"
"Anwar perlu sedar bahawa tindakannya bukan sahaja tidak disenangi tetapi telah mengundang kemarahan pelbagai pihak,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan