Selasa, Mei 12, 2009

ZAMBRY KEKAL MENTERI BESAR PERAK – MAHKAMAH RAYUAN

n_12zambry PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali hari ini yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

image Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan