Umno akan melancarkan gerakan besar-besaran tidak lama lagi untuk mengukuhkan gerak kerja anggota dan mengembalikan semangat perjuangan mereka sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya telah mengarahkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memulakan latihan dan kursus untuk mengukuhkan gerak kerja parti dan mengembalikan semangat perjuangan anggota,"
"Pembangkang melemparkan pelbagai cerita tentang Umno, mereka telah memutarbelitkan fakta dan maklumat untuk memastikan rakyat sentiasa membenci kita. Ramai yang terpengaruh termasuk di kalangan orang Melayu,"
"Jika dahulu masalah orang Melayu diselesaikan oleh Umno, Cina oleh MCA dan India oleh MIC, tetapi kini tidak lagi. Umno kini perlu berubah, masalah mereka (kaum lain) juga adalah masalah Umno,"
Ibarat "telor hujung tanduk", Umno kini berada dalam keadaan kritikal perlu berubah dan perubahan itu perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan