"Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita,"
"Segala cakap-cakap mengenai Umno tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan merosakkan kedudukan Umno... jadi pilihan raya kecil atau besar Umno kena juga bertanding,"
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A. Kadir Jasin
_________________________________
"Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu.
"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive". Sebab itu corak politik yang terlalu "ethical" yang dipraktikkan Umno sudah tidak relevan lagi sekarang,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan