Ahad, Mei 10, 2009

RM417 JUTA UNTUK PROJEK RUMAH KOS RENDAH DI SABAH

image KOTA KINABALU, 10 Mei (Bernama) -- Kerajaan Pusat memperuntukkan sekitar RM417 juta bagi melaksanakan projek pembangunan perumahan kos rendah di Sabah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin berkata peruntukan yang besar itu menunjukkan kerajaan komited untuk mencapai sasaran setinggan sifar khususnya di kawasan bandar utama di negeri ini menjelang 2012.

"Di Sabah, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih kurang setengah bilion untuk membina perumahan kos rendah bagi menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada penduduk rakyat termasuk memindahkan setinggan.

"Tumpuan kita sekarang ialah kawasan bandar-bandar utama termasuk bandaraya Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat kesihatan Al-Nur di Riverside Plaza Kingfisher, Likas, dekat sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan