Rabu, Mei 13, 2009

MESYUARAT AHLI-AHLI PIBG SK. KITUNTUL RANAU

Ranau, 7hb. Mei 2009 – Bertempat di dewan kantin SK Kituntul telah diadakan mesyuarat PIBG SK Kituntul.

Dalam ucapan Guru Besar En. Asmat Abu Kassim selaku Penasihat PIBG SK Kituntul, memberi makluman bahawa jumlah guru di SK Kituntul termasuk guru Pra Sekolah adalah 14 orang guru, jumlah murid SK Kituntul seramai 118 murid dan 20 murid Pra Sekolah.

Guru Besar juga telah memaklumkan beberapa kejayaan yang telah di perolehi oleh pelajar SK Kituntul sepanjang 4 bulan tahun ini iaitu :-

1. Pertandingan Badminton - beberapa pemain SK Kituntul telah dipilih mewakili daerah Ranau dan telah berjaya mendapat kedudukan naib johan dalam perlawanan single.

2. Pasukan Kompang - SK Kituntul mewakili daerah Ranau ke Kota Kinabalu mendapat tempat ke-tiga.

3. Pertandingan Silat Berirama - pasukan SK Kituntul telah mewakili Zon Tengah Ranau telah mendapat tempat ke-tiga.

4. Bola Sepak - lapan orang pemain bolasepak dari SK Kituntul telah dipilih mewakili daerah Ranau ke pertandingan di Kota Kinabalu telah mendapat tempat ke-dua.

5. Pelajar SK Kituntul Adik Mohd. Taufik Mustadin muncul sebagai peserta terbaik Kem Motivasi anjuran Yayasan Sabah di Ranau.

Beliau juga memaklumkan pada lawatan Nazir-nazir dari Putrajaya yang dilakukan pada bulan April yang lepas, SK Kituntul telah menerima ucapan tahniah kerana telah berjaya membuat taklimat penerangan terbaik daripada 14 buah sekolah yang mereka lawati di daerah Ranau.

Guru Besar En. Asmat juga memaklumkan bantuan daripada kementerian untuk aktiviti PIBG akan di beri tidak lama lagi.

Dalam ucapan YDP PIBG, beliau telah memaklumkan kepada ibubapa bahawa dalam tempoh 2 tahun, iaitu 2007-2008, pihak kementerian telah memberi beberapa peruntukan pembangunan seperti bangunan Pra Sekolah, yang mula beroperasi pada awal tahun ini. Bangunan bilik guru yang sudah siap dan mula digunakan pada awal tahun ini. Bangunan Makmal komputer yang telah siap di bina dan mempunyai kelengkapan 20 buah komputer tetapi belum dapat beroperasi kerana belum mempunyai bekalan elektrik.

YDP juga memaklumkan kepada ibubapa bahawa segala permasaalahan pembangunan dan kerosakan bangunan telah pun pihak PIBG dan sekolah maklumkan kepada wakil-wakil rakyat dan menteri yang berkenaan melalui surat dan juga email bersama-sama gambar untuk tindakan dan makluman pihak yang berkenaan dari awal tahun ini.

Penolong kanan En. Jamain Abdul Halim, memberi taklimat mengenai tahap kerjasama dari murid dari segi disiplin dan pembelajaran. Dimana beliau menekankan penting memberi perhatian mengenai tahap disiplin murid di peringkat sekolah rendah oleh ibubapa dalam perkara ini.

PK Cikgu Alice telah menerangkan kepada para hadirin bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah memilih SK Kituntul sebagai Feeder School, dimana penduduk 4 buah Kampung iaitu Kg. Silou, Kg. Kituntul Baru, Kg. Matan dan Kg. Pasir Putih diwajibkan menghantar anak-anak mereka ke SK Kituntul.

Beberapa masalah yang di kemukakan oleh ibubapa seperti penambahan guru agama Islam, jadual pulang murid yang tidak menentu dan keselamatan murid selepas SBT terutama kelas SBT waktu malam telah dikemukakan olah ibubapa yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan