"Komen saya mudah, Chin Peng dan para komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat,"
"Komunis telah mendera negara ini dan kita telah dibelenggu melalui pembunuhan dan pelbagai tindakan dahsyat, ribuan yang telah mati di tangan komunis sudah cukup bagi kita untuk insaf supaya kita tidak keluarkan sesuatu yang menyamarkan fikiran kita terhadap satu rejim yang begitu dahsyat ketika dulu,"
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
-
"Tangannya (Chin Peng) itu diselaputi oleh darah anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng.
"Adakah parti Gerakan Pulau Pinang itu sengaja membutakan dirinya kepada fakta sejarah semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik,"
"Pengkhianat bangsa itu (Chin Peng) tidak mempunyai tempat walau seinci pun di negara ini,"
Penasihat Persatuan Bekas Komando Negeri Johor, Datuk Abdul Aziz Sapian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan