Sabtu, Mei 16, 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN KOMITED TINGKATKAN SEKOLAH LUAR BANDAR

KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah di luar bandar antaranya dengan memantapkan korikulum pendidikan, kualiti guru dan kemudahan infrastruktur.

imageTimbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ialah merapatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar.

 "Kita mahu sekolah di luar bandar mempunyai kemudahan sama dan setaraf dengan sekolah di bandar. Saya amat komited kepada agenda pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Hari Guru Kebangsaan 2009, anjuran Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, di sini Jumaat.

Sempena Hari Guru esok, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang festival selama empat hari itu, antaranya Telekom Smart School (TSS), pameran hari guru, bengkel pembelajaran dan pendidikan, forum, ekspo dan seminar kerjaya.

IMG_2304 IMG_2248 IMG_2258 IMG_2270 IMG_2280 IMG_2285 IMG_2288 IMG_2289 IMG_2290 IMG_2291 IMG_2292 IMG_2293 IMG_2294 IMG_2295 IMG_2299 IMG_2300 IMG_2301 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan