KOTA KINABALU, 14 Mei (Bernama) -- Kapisiti pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah akan bertambah kepada 12,000 orang dengan pembukaan dua PTS baru di Sibuga, Sandakan dan Papar, serta pembesaran PTS sedia ada di Tawau.
"(Blok-blok baru) di PTS Tawau sudah pun siap dan boleh diguna pakai, manakala PTS di Sandakan dan Papar akan siap pada hujung bulan ini," kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja keselamatan di sini, Khamis.
Ketika ini, Sabah mempunyai empat PTS iaitu PTS Sandakan di Batu Dua, PTS Kota Kinabalu, PTS Tawau, dan Kem Paradise di Kota Belud.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah Misri Barham berkata sehingga kelmarin, seramai 3,767 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan di PTS di seluruh Sabah, dimana 3,164 adalah warganegara filipina, 561 warga Indonesia dan 42 lain-lain warganegara.
Katanya setakat tahun ini, 3,747 Pati telah dihantar balik, dan daripada jumlah itu, 2,688 adalah warga Filipina, 943 warga Indonesia dan 116 lain-lain warganegara.
Katanya buat masa ini, senario kebanyakan pesalah adalah mereka yang datang ke negara ini melalui pintu masuk yang sah tetapi 'tinggal melebihi tempoh'.
Sementara itu. Musa juga mengingatkan majikan mengenai tempoh akhir pembayaran levi pihak majikan kepada pekerja asing yang akan tamat pada hujung bulan Mei ini.
"Selepas tempoh tersebut, kerajaan akan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang gagal mendapatkan dokumen pekerjaan secara sah.
"Kita sekali lagi mengingatkan kepada majikan supaya mendaftarkan pekerja mereka mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan," katanya sambil menambah majikan dan pekerja boleh didenda mengikut undang-undang di bawah Akta Imigresen.
semakin banyak PTS di seluruh Sabah menunjukkan kadar pti adalah amat membimbangkan di negeri ini.
BalasPadamsemua warga tempatan Sabah harus berwaspada kerana lebihan pti dan penubuhan PTS di kawasan-kawasan baru menunjukkan mereka sememangnya berada di seluruh pelusuk kampung dan daerah Sabah. Anggota RELA haruslah menjadi mata dan telinga bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan operasi memerangi pti ini.
BalasPadamcuma yang menghairankan saya ialah setiap tahun ada saja operasi memerangi pti ini di Sabah. dan setiap tahun juga ada bulan pengampunan untuk pti. dan setiap tahun ada juga PTS bertambah. dan setiap tahun ramai yang dihantar balik ke negara masing-masing datang semula...BUKANKAH INI ADALAH SATU PEMBAZIRAN KEPADA WANG KERAJAAN DAN CUKAI RAKYAT? Kena fikirkan cara effektif menangani masalah lambakan pti di Sabah!
BalasPadamkapasiti PTI bagi PTS di Sabah menunjukkan bahawa jumlah PTI di sabah adalah pada tahap yang kritikal..langkah penyelesaian harus diambil segera...majikan2 jug aharus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga kerja asing...apa yang diharap oleh rakyat sabah, PTI dapat dihapuskan segera untuk kepantingan dan hak rakyat sabah yang makin lama dicabul oleh PTI...
BalasPadam