Astro kurangkan saluran, caj sama
SEBAGAI syarikat gergasi, Astro seharusnya memperbaiki kualiti dan mutu siaran demi menjaga imej dan sudah pasti mendengar rintihan pelanggannya.
Ini tidak, pada 19 Mei lalu, saya mendapati siaran Astro Kirana ditamatkan siarannya dan bakal digantikan dengan Astro Mustika (Astro Citra, Astro Warna & B4U).
Tetapi apa yang membuat saya terkilan ialah tiada pengumuman atau kajian dilakukan untuk pelanggan Astro sebelum ia ditamatkan. Apa yang saya nampak di sini ialah ia semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada pelanggan Astro yang kadang-kadang terlampau sibuk sehingga tidak sempat untuk meneliti saluran yang pernah dilanggani pada awal langganan mereka.
Harga pakej tetap sama, tetapi saluran semakin kurang. Kemudian terpaksa pula langgan pakej baru dengan kadar bayaran baru. Kenapa Astro tidak boleh kurangkan harga pakej sedangkan saluran berkurangan?
Kenapa tidak tambah saluran baru iaitu Astro Mustika tanpa menamatkan saluran Astro Kirana? Ia memberi lebih pilihan kepada pelanggan.
Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan