Selasa, April 14, 2009

UJIAN IQ UNTUK MURID 9 –15 TAHUN

Pelajar Bijak Dicari Untuk Program Permata Pintar Negara

test iq KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Program Permata Pintar Negara bagi mencari bijak dan cerdas dari seluruh negara untuk dipupuk agar menjadi golongan intelek pada masa hadapan.

Rosmah, yang juga penaung program itu, berkata walaupun terdapat lebih 140,000 orang pelajar dalam kategori pintar dan cerdas di seluruh negara, cuma 20,000 yang tampil menjalani ujian saringan sejak program itu digerakkan pada 2 Mac lepas.

"Mereka melalui tiga ujian saringan yang dilaksanakan setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan serta menyerahkan brosur pelaksanaan program itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri di Subang Jaya dekat sini.

Rosmah berkata semua Pengarah Pelajaran Negeri diminta mengenal pasti pelajar pintar dan cerdas berumur antara sembilan dan 15 tahun untuk menjalani ujian saringan itu.

Seramai 300 pelajar yang berjaya mencapai keputusan tertinggi dalam ujian saringan itu dipilih mengikuti Program Perkhemahan dua minggu pada Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dilatih oleh fasilitator dalam tiga bidang iaitu Matematik, Sains dan Penulisan Kreatif.

-- BERNAMA

SILA KLIK DISINI UNTUK MENGUJI IQ ANAK ANDA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan