Sabtu, April 04, 2009

TUN DR MAHATHIR SERTAI SEMULA UMNO

TunDrM

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai semula Umno selepas keluar daripada parti hampir setahun lepas.

"Saya percaya kemasukan Tun Dr Mahathir akan memberi ransangan kuat kepada Umno dan boleh membantu memulihkan Umno dan Barisan Nasional," kata Najib kepada pemberita pada majlis penyerahan borang keanggotaan Umno itu.

Dr Mahathir keluar Umno pada 19 Mei tahun lepas setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.

"Walaupun berada di luar Umno, hati ada dalam Umno," kata Dr Mahathir sambil menjelaskan tegurannya terhadap parti itu selama ini adalah untuk membina dan bukan untuk menghancurkannya.

Kepada soalan dahulu beliau masuk semula Umno di zaman perdana menteri kedua Tun Razak Hussein dan kini menyertai semula Umno di zaman Najib, anak Tun Razak, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Itu pakatan kekeluargaan yang tidak disengajakan".

Mengenai jawatannya di dalam Umno atau kerajaan kelak, Dr Mahathir berkata "ianya tak payah" dan menambah kata beliau bersedia memberikan pandangan sekiranya diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan