Sabtu, April 18, 2009

TULIS BLOG SEBAGAI TERAPI

image KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Penulisan di laman blog yang menjadi trend popular pada masa kini bukan hanya boleh dianggap sebagai hobi biasa tetapi juga sebagai terapi untuk mengurangkan segala kekusutan di minda.

Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd yang juga blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata segala isu berkaitan rasa tidak puas hati dan pandangan seseorang itu boleh diluahkan dalam penulisan blog selagi tidak melanggar undang-undang negara.

image "Kalau kita tak setuju mengenai sesuatu hal, tak perlu simpan dalam kepala atau simpan sahaja kemarahan itu dalam hati. Kita boleh luahkan semuanya di dalam blog, jadi ia (menulis dalam blog) boleh jadi satu terapi," kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Time Press (NSTP).

A. Kadir turut melancarkan sebuah buku bertajuk Komedi dan Tragedi - Politik Mutakhir Malaysia yang menghimpunkan koleksi rencana mengenai perkembangan politik semasa negara dalam laman blognya iaitu http://kadirjasin.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan