Rabu, April 29, 2009

TIGA PAKAR PANTAU RAWATAN MOHD IRSHAD

image SIMPATI...Abdul Azeez (kanan) memujuk Mohd Irshad
ditemani bapa kanak-kanak itu, Azizan Yusof
dan isteri.

SUBANG JAYA: Penderitaan seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit mungkin berakhir apabila dia mendapat rawatan pakar selepas dimasukkan di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya di sini, semalam.

Keadaan Mohd Irshad Azizan yang berusia setahun 10 bulan kini dipantau tiga pakar masing-masing dua dari Pusat Perubatan Sime Darby manakala seorang dari Hospital Selayang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mengelola kes itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata tiga pakar berkenaan bukan saja merawat, malah melihat punca penyakit berkenaan sama ada faktor genetik atau alahan.

“Kita jangka Mohd Irshad mungkin akan berada di sini sehingga Sabtu, tetapi saya yakin dengan bantuan serta sokongan pakar perubatan, penderitaannya bakal berakhir,” katanya yang ditemui semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan