Khamis, April 23, 2009

SPRM TAK CUKUP ASAS DAKWA FAIRUS TUDUHAN RASUAH

imagePULAU PINANG, 23 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya," menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan