Jumaat, April 24, 2009

RM500 JUTA LAGI UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

apdal PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta dalam pakej rangsangan ekonomi kedua untuk pembangunan dan menaiktaraf infrastruktur di luar bandar seperti air, elektrik dan jalan raya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan bagi projek pembangunan luar bandar ialah RM1 bilion, selepas RM500 juta untuk program bantuan rumah (PBR) diumum dalam pakej rangsangan ekonomi pertama.

"Dengan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi PBR, kementerian dijangka dapat membina 13,236 unit PBR baru di seluruh negara dalam tahun ini.

"Begitu juga dengan projek pembangunan infrastruktur yang dijangka siap pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada kakitangannya di sini, Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan