Khamis, April 16, 2009

PERTUMBUHAN SEKTOR PEMBUATAN SABAH 2009, 2010 DIJANGKA TURUN - TYT

image

KOTA KINABALU, 16 April (Bernama) -- Pertumbuhan sektor pembuatan di negeri ini dijangka menurun sedikit pada tahun ini dan tahun hadapan akibat langkah yang lebih berhati-hati di kalangan pelabur berikutan iklim ekonomi dunia yang suram, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah.

"Tahun 2009 dan 2010, adalah tempoh yang amat mencabar bagi sektor perindustrian di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

"Kesan ini sudah mula dirasai dengan penurunan jumlah permohonan menjalankan projek perkilangan di Sabah, yang berjumlah 11 permohonan pada tempoh tiga bulan pertama 2009 berbanding 17 permohonan pada 2008," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena perasmian penggal kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-13 di sini hari ini.

Pada 2006, sektor pembuatan merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), iaitu sebanyak 11 peratus, dan purata pertumbuhan sektor ini adalah 9.0 peratus setahun bagi tempoh 2002-2006.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan