Shahidan Cadang KPI Diperluas Meliputi Semua Wakil Rakyat
KANGAR, 16 April (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar Indeks Prestasi Utama (KPI) yang dikenakan kepada semua anggota kabinet diperluaskan kepada semua wakil rakyat.
Katanya, semua wakil rakyat di seluruh negara sewajarnya melalui proses penilaian prestasi itu bagi membolehkan orang ramai menilai perkhidmatan mereka.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata, KPI untuk anggota kabinet ini adalah amat baik untuk pentadbiran negara.
"Perdana Menteri telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk pentadbiran dan KPI itu wajar dikembangkan kepada setiap wakil rakyat," kata bekas Menteri Besar Perlis itu.
Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau berkata, melalui KPI, sudah pasti semua wakil rakyat akan menunjukkan kehebatan mereka dalam amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan