Rabu, April 01, 2009

MURID MENINGGAL EKORAN DIROTAN GURU

Chan Qi Xin 9 SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Seorang murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kg Tiong di Gemas meninggal dunia hari ini ekoran dirotan di tangan oleh seorang guru wanita semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata murid lelaki berusia 9 tahun itu mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari.

"Melihat keadaan pelajar itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Segamat.

"Ibu bapa pelajar tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah mereka pada hari yang sama, setelah diberitahu oleh pihak hospital bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis," katanya kepada pemberita.

Kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi tadi.
Osman berkata polis difahamkan murid tersebut mempunyai masalah saraf otak dan menolak anggapan bahawa kanak-kanak itu meninggal akibat dirotan.

Beliau berkata ibu bapa perlu memberitahu pihak sekolah tentang masalah kesihatan anak-anak mereka supaya mudah ditangani jika berlaku sesuatu perkara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan