Khamis, April 30, 2009

MANTAN OT RISAU MASALAH WARGA ASING

image KENINGAU, 30th April, 2009: Mantan Orang Tua (OT) era kerajaan British Rantisan Pungit, 83, berkata, perkembangan terkini yang berlaku di Daerah Keningau amat merisaukan.

“Kita tidak sebebas seperti dulu, dan perkembangan ini amat menakutkan,” keluhnnya.

image Nama Rantiasan sebaris dengan OKK Sodomon, OKK Madan dan pemimpin-pemimpin lama yang lain untuk mengasaskan Keningau memberitahu;

“Keningau kini sudah terlalu ramai warga asing,”.

Perkembangan ini katannya, membuatkan penduduk tempatan semakin tertekan, disebabkan penglibatan warga itu khususnnya pendatang tanpa izin (Pati), dalam beberapa aktiviti penting seperti ekonomi, pembuatan serta sektor-sektor lain.

“Pati telah merasap sehingga ke akar-umbi … mereka melibatkan diri dalam bidang pertanian, perniagaan, serta menguasai bidang-bidang yang lain,” jelasnnya dan menambah, penduduk tempatan kini semakin tidak mempunyai ruang di daerah sendiri.

Beliau berkata, Keningau mampu untuk maju tanpa bersandarkan warga asing, dan budaya terlalu mengharap ‘kuasa beli’ dikalangan kolompok ini sepatutnnya perlu dikikis.

“Kita harus yakin terhadap bangsa sendiri,” tambahnnya, dan menegaskan keikhlasan mengusir Pati di daerah ini perlu dibuat daripada sekarang.

truce3 Katannya, masalah Pati di daerah ini tidak akan menemui jalan penyelesaian yang total, jika semua pihak tidak memberi kerjasama.

Beliau mahu kerajaan supaya lebih tegas dalam perkara itu, kerana katannya, Pati yang memasuki ke negeri ini pada semalam akan mencari jalan untuk menjadi warganegara selepas 10 tahun yang lalu.

DEVIL12 “Kita tidak mahu mendengar satu alasan bahawa Pati yang tinggal secara haram bertahun-tahun di negeri ini, kemudian diberi pengampunan bahawa ‘dia’ sudah tinggal lama di Sabah, beranak-pinak di sini dan generasinnya diberi kewarganegaraan di negara ini, atas dasar perikemanusiaan,” katannya.

Katannya, fakta itu sudah terbukti apabila sudah terlalu ramai Pati yang hidup bertahun di negeri ini, kemudian menjadikan anak-anak mereka yang dilahirkan di sini, hatta berkahwin dengan penduduk tempatan, sebagai kekebalan untuk tidak diusir sebagai pendatang tanpa izin di negeri ini.

pti  “Kita perlu menerima hakikat ini dengan sungguh-sungguh,” jelasnnya dan mendesak agar pemutihan secara maksima perlu dibuat untuk mengusir Pati di sini.

patiDi Keningau jumlah Pati dianggarkan mencapai puluhan ribu, dan hampir mengatasi jumlah penduduk tempatan.

1 ulasan:

  1. Babyak faktor menyumbang kpd perkara ini berlaku antaranya sikap masyarakat kita sendiri memberi ruang kpd warga asing ini terus bertapak dgn memberi penempatan kpd mereka ditanah sendiri. Itu jelas berlaku didepan mata kita sendiri..

    BalasPadam