Rabu, April 08, 2009

KOMEN TENTANG INSIDEN MEMBAKAR BENDERA SABAH

image

“Sebagai rakyat Malaysia yang ada di Sabah, kita meminta supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam melakukan perbuatan membakar bendera negeri ini, kerana ia satu perbuatan yang menghina negeri dan negara ini,”

Naib Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas), Juhari Janan

 

image “Kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendatang Tanpa Izin (PATI) melakukan sesuatu dalam mengenai kehadiranPATI di Sabah yang sudah berlarutan.”

Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Wilayah Persatuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu

 

image “Kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana tindakan mereka membakar bendera Sabah adalah sesuatu yang serius dan yang pertama seumpamanya berlaku di negeri ini dan di Parlimen Silam khasnya,”

Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi

 

image “Tapi saya ingin bertanya kepada pihak-pihak yang anti ISA ini, apa yang perlu dikena-kan ke atas orang-orang sebegini? Kalau dipenjara pun, mereka akan keluar juga akhirnya dan besok lusa mungkin mereka akan buat lagi perkara yang sama,”

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Syed Abas Syed Ali

 

image “Mereka makan di sini dan cari duit di sini (di Sabah). Mereka tidak boleh buat begitu. Cuba bayangkan, kalau seorang anak minta duit daripada bapanya tapi tidak dapat, anak itu bertindak membakar rumah. Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berlaku,”

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Haji Abdul Muis PIcho

image "Therefore, we appeal to the authorities to take ISA action on the individuals or groups who tried to create provocation or chaos in the state... The people of Sabah love peace and hope such transgression will not recur,"

PBS information chief Johnny Mositun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan