KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Kerajaan bukan mahu mencari salah sepanjang masa terhadap penulis blog dan internet tetapi mahu memastikan undang-undang dilaksanakan selain memberi jaminan kepada masyarakat supaya penggunaan media baru berkenaan tidak disalahgunakan.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian yang diterajuinya itu juga memainkan peranan supaya kestabilan perkara yang dipaparkan di internet berjalan dengan baik.
"Sehubungan itu di bawah kementerian ini ada pelbagai undang-undang yang melindungi hak orang ramai untuk berkomunikasi melalui khasnya internet. Kita ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa mereka yang telah difitnah oleh penulis web atau blog, mereka ada hak untuk melaporkan kepada kita dan kemudian (kita) kaji sama ada ia mengandungi kebenaran atau tidak.
Beliau berkata ini tidak termasuk apa yang dikritik penulis-penulis terbabit kerana itu hak mereka dan kerajaan hanya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap perkara yang palsu, salah dan tidak benar sahaja.
Ditanya bagaimana hendak menilai sama ada fakta yang dikemukakan benar atau tidak Rais berkata : "Ini mudah sahaja. Kalau dia kata A seorang perasuah jadi kena bukti orang itu rasuah, kalau kata A itu pembunuh kena buktikan dia itu pembunuh,".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan