Jumaat, April 24, 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH SIVIL YANG TIDAK ADIL BOLEH DIDENGAR DAN DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH

Pewaris Dapat Hak 50 Peratus Tanah Yang Turut Menempatkan Nexus Resort Karambunai

image KOTA KINABALU, 24 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan pewaris Awang Damit Awang Tengah berhak didaftarkan sebagai pemilik ke atas 50 peratus daripada 1,551.96 hektar kawasan tanah pesisir pantai di Karambunai yang turut menempatkan pusat peranginan terkenal di Sabah - Nexus Resort Karambunai.

Hakim Ahmad Lakim turut meluluskan permohonan Awang Samit untuk melaksanakan perintah pembahagian harta pusaka simati iaitu Pangeran Siti Hafsah Pangeran Mohd Salleh yang diberikan oleh Mahkamah Syariah sebelum ini.

Dalam hujah penghakimannya, beliau berkata hal pewarisan dan wasiat adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004.

Sebelum ini, pemohon juga telah berjaya mendaftarkan namanya sebagai pemilik berdaftar ke atas 5/6 daripada keseluruhan Pulau Udar yang turut beliau warisi dari simati berkenaan.

Awang Damit, yang diwakili empat peguam termasuk Jelani Hamdan yang merupakan salah seorang peguam syarie terkenal di Sabah, berjaya mendapatkan perintah itu di Mahkamah Syariah pada tahun lepas tetapi tidak dilaksanakan serta merta kerana mendapat bantahan responden sehinggalah kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Mengikut fakta kes, Awang Damit yang mewarisi harta pusaka simati Siti Hafsah menuntut hak ke atas tanah yang menjadi pertikaian di Karambunai seluas 1,551.96 hektar.

Tanah tersebut pada asalnya adalah milik Pangeran Siti Fatimah Pangeran Jalaludin yang mana berdasarkan rekod yang terdapat di dalam geran tanah itu, didapati 50 peratus daripada keseluruhan tanah Karambunai diserahkan kepada Siti Hafsah dan 50 peratus lagi kepada Pangeran Siti Alimah Datuk Hussien.

Berdasarkan perbicaraan dan keputusan mahkamah yang lalu, pemohon telah dilantik sebagai pentadbir dan seterusnya pewaris kepada harta pusaka simati Siti Hafsah dan dengan itu berhak mewarisi 50 peratus daripada keseluruhan tanah Karambunai memandangkan kedudukan pemohon sebagai "cicit" yang sah kepada simati.

Sebelum itu, pemohon telah memohon dengan Mahkamah Syariah agar DBS Bank Ltd menyerahkan sementara geran asal tanah Karambunai bagi membolehkan pemohon mendaftarkannya sebagai pemilik ke atas 50 peratus kawasan tanah itu.

Bagaimanapun, pihak DBS Bank Ltd enggan menyerahkan geran tersebut dan memaklumkan bahawa selain DBS Bank Ltd terdapat pemilik berdaftar yang lain ke atas tanah berkenaan yang turut mempunyai kepentingan.

Berikutan itu, pada 6 Ogos 2008 Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan AK Ahmad Shah Pangeran Yusof, AK Othman Shah Pangeran Yusof, Amanah Raya Berhad dan Karambunai Resorts Sdn Bhd diberi notis, dan mereka dinamakan sebagai pihak responden.

Bercakap kepada Bernama kemudian, peguam syarie Jelani berkata ini merupakan "kes bersejarah" yang mana keputusan Mahkamad Sivil pada tahun 1991 yang tidak adil kepada pewaris boleh didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah'.

Jelani berkata keputusan itu menunjukkan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes yang pernah diputuskan oleh Mahkamah sivil "kalau terbukti ada ketidakadilan kepada pewaris atau yang berhak".

43 ulasan:

  1. Syukur...selepas sekian lama akhirnya dapat juga. Tapi, sekarang terpulang kepada budi bicara pihak yang dilantik sebagai pentadbir kerana ramai lagi ahli keluarga sah, juga cucu cicit Pengiran Habsah yang berhak ke atas warisan tersebut terutama di Kg. Pimping dan Binsulok. Biarlah adil dan saksama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada.. menipu jak ko ni.. pui!

      Padam
  2. Ya, saya memang akui ramai keluarga Pengiran Habsah ini, tetapi yang bertungkus lumus hanyalah keluarga En. Ag Damit di kg Pimping dan Sipitang. Malangnya semasa beliau berjuang menuntut hak tersebut,beliau diketawakan dan diejek oleh ahli keluarga cucu cicit Pengiran Siti Hafsah sendiri yang mengatakan usaha itu hanya sia-sia.Tidak kurang juga yang hanya berdiam diri saja tanpa mengulurkan bantuan. Sekarang orang-orang yang mengetawakan beliau dan yang menunggu peluang itulah yang bersungguh-sungguh menuntut bahagian mereka. Lu pikir lah sendiri.

    BalasPadam
  3. Ya bah yang saya dengar pun begitu juga..hanya awang damit dan segelintir keluarga terdekat saja yang betul2 menyokong dia..bila dia dapat 1/2 itu tanah barulah durang percaya n tidak ketawa lagi...saya dengar itu kembar mau merayu..tapi saya yakin awang tidak gentar lagian dia kan cicit Hapsah tu...ada juga saya dengar nama si awang tu memang ada di muzium ka pusat sejarah Brunei..persoalannya adakah nama si kembar juga ada di sana???

    BalasPadam
  4. Mana ada tu nama si kembar.Dokumen bukti dari Brunei pun hanya menyebut awang damit saja. Si kembar tu hanya alat semasa konspirasi kerajaan Berjaya dulu untuk merampas tanah tersebut. Yang bikin kasian si awang damit ni pernah kena tangkap polis lagi. Itu dorang yang mengaku keluarga Pangeran Siti Hafsah juga punya angkara. Pasal dorang takut si awang damit dapat itu tanah. Nah...sekarang sapa yang putih mata sama buduh menentang si awang dulu. Kalau akulah, biarkan dorang tu,jangan kasi 1 sen pun.
    Bising-bising saja sana-sini cakap dorang ada hak tapi sebelum tu kasi ketawa dan hina si awang. Kalau rasa dorang ada hak, pigilah court kalau berani.

    BalasPadam
  5. Yakah sampai kena tangkap polis??aduh kesian juga si awang tu...tapi sa rasa berbaloi juga kesusahan dia selama nikan..kalo betullah si kembar tu teda nama di brunei,knapa plak durang mau merayu??

    BalasPadam
  6. Kunun dulu dorang c kembar menang melalui mahkamah civil pada tahun 1991 untuk membolot semua tanah tu. Jadi keputusan yang tidak adil tu kena overwrite oleh mahkamah tinggi syariah. Itulah kunun c kembar mau refer balik sama mahkamah civil. Tapi aku tengok dorang tidak dapat lawan tu keputusan mahkamah syariah pasal Mahkamah Sivil dihalang mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.Lagipun si awang ada afidavit dan bukti yang kukuh.

    BalasPadam
  7. Tapi...kalo betul nama awang ada di brunei mahkamah civil boleh challlenge ka??

    BalasPadam
  8. Awang Damit saja yang ada nama di Brunei. Awang Shah sama Awang Osman tiada.

    Dalam surat yang ditulis oleh Saidina Umar al Khattab kepada Kadi Kufah iaitu Abu Musa Al asyh’ari yang bermaksud, “Dan sesiapa yang mendakwa sesuatu hak yang tidak ada di tempatnya, atau suatu bukti, berilah tempoh kepadanya sampai ia dapat membuktikan dakwaannya. Kemudian kalau dia dapat membuktikan dakwaannya maka berilah haknya itu tetapi kalau dia tidak mampu membuktikannya maka dia berhak dikalahkan kerana yang demikian itu lebih mantap bagi kegagalannya dan lebih menampakkan barang yang tersembunyi.

    So kesimpulan dia,aku rasa mahkamah sivil tiada hak mau challenge keputusan mahkamah syariah seperti termakstud dalam Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004.

    P/S: Sorry aku ni bukan lulusan undang-undang tapi ini adalah analisis peribadi aku saja. So lebih baik kita serahkan kepada yang lebih arif tentang ni.

    BalasPadam
  9. Kalo begitu maksudnya besarlah peluang awang menang di rayuan nanti kan??? kita doakan saja agar hukum syarak dimartabatkan dan memberi hak kepada yang betul2 berhak..tapi macammana plak tu kembar boleh duduk itu tanah selama ini???apa kaitan durang sama hapsah tu??yang saya dengar dari orang2 di karambunai dan sumber yang boleh dipercayai hapsah tu tidak berkahwin

    BalasPadam
  10. Bukan si hapsah yang tidak kawin tapi Pangeran Siti Fatimah. Menurut sumber akulah, apabila Pangeran Siti Fatimah meninggal maka waris adalah 2 saudara lelaki beliau iaitu yang merupakan bapa Pangeran siti hafsah (Pangeran Mohd Salleh)dan bapa Pangeran Siti Alimah (Datuk Hussien). C kembar kunun mewarisi harta Pangeran Siti Alimah. Tetapi menurut cerita orang di sana, bapa dorang c kembar tu hanyalah guru dari semenanjung dan ibunya hanya dayang di rumah besar (istana Karambunai kunun). So persoalannya sekarang benarkan mereka itu waris sebenar Pangeran Siti Alimah? Manakala c awang sudah terbukti mempunyai rekod sebagai keturunan Siti Hafsah di Istana Brunei.

    BalasPadam
  11. Yakah??macam tu ceritanya..ndak sabar plak aku tunggu keputusan Rayuan tu,,saya rasalah kan mesti si kembar tu marah betul, yalah dah bertahun-tahun mereka kaut untung di karambunai tiba2 muncul si awang lepas tu si awang plak ada nama di brunei durang plak teda..yalahkan siapa lah ndak marah tapi..sa rasa durang pun dah cukup kaya bah..bagi chance lah kepada awang dan keluarganya plak

    BalasPadam
  12. assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. sy nak ckp pasl isu yg hangat sekarng iaitu pasl karambunai ni.. sebenrnya Ag Damit yg kamu tahu sebgai pentadbir terhadap tuntutan yg dbuatnya itu , dia adalh pentadbir yg dilntik oleh pewaris sebenar(utama) kepada Pg Syahbandr Salleh. Selain sbgai pentadbir, Ag. damit juga merupakan pewaris bersama waris sebnar Pg Syahbandar Salleh. Untuk makluman, Ag Damit bukanlah pewaris@pemilik tunggal terhadap tuntutan yg dibuat krn ada lgi yg waris(generasi ke3 Syahbandar Salleh) yg lebih utama iaitu pkcik kepda Ag Damit yg masih hidup.
    Pg Siti Hafsah pula sebenarnya adalah anak Pg Siti Fatimah bersama suaminya Pg Syahbandar Salleh. tetapi Pg Siti Hafsah tidak mempunyai anak.antara adik brdik Pg Siti Hafsah yg sya ketahui ialah Ag Ketinau Pg Syahbandar Salleh. So, sekarang tuntutan yg dibuat oleh Pentadbir(Ag Damit) yg mewakili waris sebenar Pg siti hafsah ke atas karambunai ialah cicit kepada Ag Ketinau Pg Syahbndar Mohd Salleh..kira cicit Pg Siti Hafsah lah jg ni.
    Ag Damit ni dilantik menjadi pentadbir dan pewaris bersama terhadap tuntutan ini kerana mendapat sepenuh kepercayaan darpda 3 org penuntut@waris yg lain yg turut bersama Ag Damit. 2 drpdnya ialah cicit kepada Ag ketinau Pg Syahbandar Salleh(waris utama lh ni).. dan sorg lagi ialah saudara Ag Damit sendiri..tntang perkara Ag Damit dilantik menjadi pentadbir dan pewaris ni, telah mengakibtkan rmi org rasa tidak puas hati. Bantahan dibuat atas alasan ada lgi waris Syahbndr salleh yg lain yg lebih layak.mcm kes iri hati la bha ni..tp rasanya bntahan tu tak berjaya..Atas kejayaan Ag Damit tu pun kerana ada sokongan penuh drpda waris utma(cucu Ag Ketinau Syahbandr salleh). Kerna salah seorg cucu Ag ketinau Pg Syahbandr Salleh mmpunyai bukti yg kukuh dan sah terhadap status warisnya kpada OK Pg Syahbndr Sallh. sy ckp ni fakta tau..bukan dongeng.. macm na sy tau tu rhsia lah..hehehe..
    pasal tuntutan terhadap harta Pg Syhbndr Salleh d luar negara tu mash dlm proses lg sebnrnya..just wait n see guys

    BalasPadam
  13. eee...ak tak paham larh...ak rsakan mcm tak adil tau dia sorang aje yg dpt ...50 prcent lak tuh..
    adek-bradik dya yg len x dpt ke ??? cucu or cicit dya yg len cmana ek ???

    BalasPadam
  14. jadi selesai sudahlah ni kes

    BalasPadam
  15. Teringin juga mahu melihat salasilah yang sebenar, semua kerabat 'Di Raja Brunei' yang ada di Sabah ni

    BalasPadam
  16. salam
    baru2 ini sya tlah mndengar satu cerita yang si awang damit ini tlah menipu duit2 org kmpung serta along dengan alasan untuk membayar peguam serta memberi habuan tanah kepada yang melabur duit itu.saya tidak tahu la kalau benar atau tidak tapi ini saya dengar dari bekas pengikut(ex-team) si awang damit.selain itu,saya juga mndengar kabar angn mengatakan si awang damit ini telah memalsukan domuken yang konon nya dokumen itu dari brunei.hmmm..kalau la betul dokumen itu dari brunei pada pndapat saya la bagus kita suruh sultan brunei datang siasat hal ini.kesian jg kepada org-org yang tamak itu ikut melabur sm si awang damit.
    wassalamm....

    BalasPadam
  17. emm nawaitu yg pntg,bkan harta....dr td asyik harta ja...kerana harta keluarga entah kemna..kta hnya sokong awang damit...bes sungguh time atuk n nenek masih ada...bila dorang dah x ada..emm x tw mw ckp mcm na...so renung2 kn lah...

    BalasPadam
  18. saya berani katakan ag damit itu penipu...tak cayer?..tungguuuuuu....!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku masi dok tunggu lg nie.. masi berani ke kata begitu skrg?

      Padam
  19. setahu aq la....pewaris sebenar yang hampir 50 tahun menuntut keadilan dari pihak berkenaan berjuang habis-habisan menuntut keadilan ialah sayed sugala dan telah meninggal dan disambung oleh adiknya iaitu Sayed Jaafar(Habib Jaafar)yang baru saja meninggal dunia dan yang peliknya tetiba saja nama awang demik muncul sekitar tahun 2008-2009....dan mengapa perjuangan pewaris sebenar iaitu S.Sugala dan S.jaafar tidak dipedulikan oleh pihak mahkamah....apakah ini keadilan namanya..

    BalasPadam
  20. awang damit bukan pewaris sebenar.... pewaris sebenar akan kembali...ingat la ayat ini,

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku masi ingat lg ayat nie smpai skrg.. dah dok menanti bertahun2.. xda pun.. ka kaki kencing yg tamak harta punya kenyataan nie?

      Padam
    2. Betul bro...pewaris sebenar yg selama ini sudah muncul dan akan muncul tahuj 2023 bagi menuntut semula tanah karambunai yg diambil oleh orang2 yg tidak layak..mereka hanyalah hhamba di rumah besar karambunai dan bukan keturunan sebebar pg abdul rauf ibnu abdul rajit Raja Mengkabong ddan sungai tulin.pewaris2
      Kunun2 ank dan cucu pg siti fatimah adadalah cuma irang suruhan dan bukan berdarah pengiran.Mereka menutup pewaris sebenar tanah karambunai..insha Allah berkat daulat dari keturunan sultan brunei dan darah Al mahrum Mangkat di rumput

      Padam
  21. Siapakah Pewaris sebenar.. Semoga Allah S.W.T. memudahkan urusan dan memberi panduan kepada Pewaris Sebenar. Apa yang Hak tetap Hak.

    Putera Isnin @ Putera Sahabuddin
    CC Sharifah Shaiyyiddiyah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa Pemilik Keris Berdaulat Si Naga adalah Waris Mutlak

      Padam
  22. Jangan tah mengakun pewaris, mun inda parnah tau kan asal usulnya,. ani kubur warisan pun inda hada, bukan nya buduh kerajaan kan sanang2 mambari sah waris atu, Barang warisan pun dahada, mambari supan saja, mun pangkat bendahara padahkan saja bha,

    BalasPadam
  23. Ada sapa2 knal org yg namanya "lubah"? Pastu org yg namanya " tun hjh fatihah"?

    BalasPadam
  24. Sekarang saya mau buat kajian ttg tuntutan karambunai ni..utk rujukan & mungkin dijadikan rujukan..saya pernah jumpa awg damit ni semasa dia kebrunei..saya ada cadangan baik dan insyaallah akan berjaya..

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. Aku ingin tahu siapa kah asal usul datok ku yg mengandungkan nini ku dn di tinggalkan di kg air kerna datok laki ku lari kesabah sewaktu ketika dulu.. semoga d permudahkan segala urusan kami mencari keturunan asal kami.

    BalasPadam
  27. pengiran shahbandar mohd saleh ibnu pengiran sharmayuda di bunuh....cuba ambil dna ....sama dengan sekarang sekiranya betul alhamdulilah kalau salah kubur tak terima nanti.....

    BalasPadam
  28. tuntutan sudah masuk ke bank negara malaysia berilah kepada semua keturunan ...ingatan harta anak yatim piatu

    BalasPadam
  29. tuntutan sudah masuk ke bank negara malaysia berilah kepada semua keturunan ...ingatan harta anak yatim piatu

    BalasPadam
  30. pengiran shahbandar mohd saleh ibnu pengiran sharmayuda di bunuh....cuba ambil dna ....sama dengan sekarang sekiranya betul alhamdulilah kalau salah kubur tak terima nanti.....

    BalasPadam
  31. DNA Anak cucu cicit piut Pg Dang Hamidah FASA 1, lakat lagi hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara makam panjang yang nenekku dan makcikku jaga ditanah perkuburan muslim dibinsulok tu milik siapa? 7hasta panjangnya. Datukku keturunan sepanyol pun ada disana mr kanilas bank masuk islam namanya jaafar. Masa hayat nenekku yang campuran brunei dan sepanyol tu selalu turun naik dan dapat jemputan ke istana lama brunei. Kerana kubur 7hasta makam seorang raja borneo yang merupakan betara kesultanan sulu. Merupakan seorang raja juga. Apakah kami ada kaitan dengan Raja syahbandar muhammad ssalleh. Sebab nenekku selalu bercerita soal raja raja nie masa dia masih hidup. Lagi satu kami ada tanah yang besar dibinsulok. Ada nama dayang besar dalam geran tu.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  32. my famliy geni pengiran shahbandar ibnu pengiran sharmayuda -pengiran jaafar owner the land karambunai sabah dan oil and gas north borneo jv patner gov british 1808.....ganenor in sarawak 1826

    BalasPadam
  33. boleh tinggal kan no telefon . kepada waris pg shahbandar ibnu pg salleh @inderamahkota. bole bincang di group nt... assalamualaikum .

    BalasPadam
  34. Salasilah dari dr.yacob & ismail di salah guna oleh org yg nda berta ggung jawap , selepas meninggal nya peguam Fatmawati haji abu bakar....Allahualam...

    BalasPadam
  35. Masanya sudah tiba.. -Pg Muda Mohd-

    BalasPadam