TRONG, 1 April (Bernama) -- Bagi penduduk Kampung Baru Pulau Pasir Hitam di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, apa yang mereka mahukan selama ini hanyalah kemudahan asas seperti api dan air dan bukannya pembangunan berskala besar yang sudah tentu tidak dapat dilaksanakan di pulau seluas hanya kira-kira empat hektar ini.
Untuk bekalan air bersih pula, mereka terpaksa menadah air hujan atau membawa bekalan air dari tanah besar, sejauh kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot sebelum sampai ke pulau ini.
"Yang paling kami perlu ialah bekalan elektrik. Selama ini kami banyak bergantung kepada balai polis atau terpaksa mengeluarkan RM60 sebulan untuk bekalan minyak generator bagi mendapatkan api lektrik.
"Kami juga mahu lebih banyak kemudahan bot disediakan selain alat menangkap ikan," kata Ketua Kampung, Lim Lau Leng, 68, kepada Bernama.
"Kami mahu Wakil Rakyat yang dapat bagi banyak bot untuk kami pergi-balik ke tanah besar. Senang kami nak pergi kerja dan anak-anak mahu mahu pergi sekolah," kata Teoh Gok Hoo, 51.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan