Berikut adalah surat pembaca kepada Berita Harian
Tertipu pakej premier 1+5
PADA 21 Mac lalu, ketika saya dan kawan melalui Stesen Komuter Subang Jaya, kami dihalang seorang ejen syarikat Celcom dan memberi saya tiga keping kad SIM premier 1+5 dan mengatakan ia percuma dan tidak akan dikenakan caj jika tidak digunakan.
Dalam keadaan tergesa-gesa, kami menandatangani surat penerimaan itu dan terus pulang ke kampus. Namun pada 7,8 dan 9 April lalu, saya menerima bil berjumlah RM83.60, RM46.10 dan RM46.10 bagi kad yang dikatakan percuma itu.
Saya terkejut dan terus ke pejabat Celcom Seksyen 9 Shah Alam untuk memulangkan kad SIM kerana tidak menggunanya. Malangnya saya dipaksa membayar ketiga-tiga caj talian Celcom yang tidak saya gunakan.
Walaupun saya merayu untuk dikecualikan kerana saya tidak mempunyai pekerjaan dan masih belajar, kakitangan berkenaan tetap memaksa saya membayar.
Saya terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM175.80. Kakitangan itu juga memaklumkan saya akan dikenakan caj purata walaupun sudah membayar caj RM175.80.
Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam mengenai perkara berkenaan.
Shah Alam, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan