Isnin, Mac 16, 2009

YAYASAN SABAH AGIH SKIM BANTUAN KHAS PELAJAR

Yayasan-Sabah-Group-012-119x117RANAU: Yayasan Sabah menerusi pejabatnya di Zon Pantai Barat Selatan akan mengagihkan Skim Bantuan Khas kepada pelajar dari keluarga termiskin di daerah ini, bermula bulan depan.

Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Selatan, Hanafiah Diman, berkata seramai 180 keluarga termiskin dikenal pasti untuk menikmati skim terbabit.

"Ia diharap dapat meringankan beban ibu bapa membiayai pendidikan anak mereka, terutama dalam keadaan ekonomi seperti sekarang.

"Yayasan Sabah melaksanakan banyak program di daerah ini bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi rakyat, termasuk peningkatan prestasi pelajar yang dianjur bersama Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah, motivasi keibubapaan dan program berbentuk sosio-budaya," katanya dalam taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Ranau di Pejabat Daerah Ranau di sini, kelmarin.

Turut hadir Pegawai Daerah Ranau, Siriman Basir; Pemimpin Kemajuan Rakyat Karanaan, Wahab Rashman mewakili Adun Karanaan, Datuk Masidi Manjun; Pegawai Kemajuan Rakyat Paginatan, Jefrin Majangki mewakili Datuk Ewon Ebin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Kundasang, Kasimin Basir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan